e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan PENGURUSAN DAN PROFESIONAL Klasifikasi Perkhidmatan SOSIAL
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji S41  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1909.00 Gaji Maksimum : RM8,644.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau

b. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan

c. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. mempunyai kelayakan di atas; atau
b. lulus Peperiksaan Khas; dan
c. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT