e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan SOSIAL
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji S19  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,352.00 Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan  
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Pembangunan Masyarakat, Gred
S19 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Deskripsi Jawatan JABATAN KEBAJIKAN NEGERI SARAWAK
- Memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak, warga emas, orang papa, keluarga miskin,
mangsa bencana, komuniti, bantuan kebajikan, pemuliharaan dalam komuniti, perintah
khidmat masyarakat, orang kurang upaya, unit khidmat penyayang, kaunseling dan psikologi,
taska dan pusat jagaan.

- Bertanggungjawab membantu dalam segala urusan merangka aktiviti bagi pemulihan akhlak
dan lain-lain.


JABATAN PERTANIAN NEGERI SARAWAK
- Memberi panduan, tunjuk ajar, khidmat sokongan dan membimbing masyarakat bandar dan
luar bandar khasnya mereka yang terlibat dalam projek-projek anjuran kerajaan seperti dari
Jabatan Pertanian bagi meningkat taraf hidup dan pendapatan keluarga di luar bandar malah
kepada semua pengusaha Industri Agro-Makanan dan Usahawan Wanita Pertanian. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT