e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA Klasifikasi Perkhidmatan PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji N19  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,352.00 Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki
kelayakan
seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,464.80).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu
Kenderaan,
Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke
jawatan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan
jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)(i) mempunyai kelayakan seperti di syarat-syarat lantikan di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan
paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), Gred N19 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan
tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa. 
Deskripsi Jawatan RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi
di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan
operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am,
pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan
data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT