e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PELUKIS PELAN (SENI BINA) - BDA
Taraf Jawatan TETAP
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan KEJURUTERAAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji JA22  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM2,271.00 Gaji Maksimum : RM4,725.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM115.00 
Syarat-syarat Lantikan 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pelukis Pelan (Senibina) Gred JA19 yang mempunyai pengalaman sekurang
kurangnya 3 tahun dan memiliki kelayakan berikut:-

i) Disahkan dalam perkhidmatan

ii) Melepasi semua penilaian kecekapan yang ditetapkan

iii) Diperakukan oleh jabatan

iv) Mendapat purata markah prestasi 80% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut

2. Syarat Tambahan

(a) Berkebolehan menggunakan Software AutoCAD, Sketch Up dan Photoshop; dan

(b) Berkebolehan bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pelukis Pelan (Seni Bina), Gred JA22,
adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Deskripsi Jawatan Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk
melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan
perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model,
menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja,
lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit
kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta
lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT