e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU KESIHATAN AWAM
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PERUBATAN DAN KESIHATAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji U19  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,360.00 Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan).
(Gaji permulaan: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,418.12).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan syarat-syarat lantikan seperti di atas; atau

(b) lulus Peperiksaan Khas; dan

(c) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam, Gred U19, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT