e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU AWAM
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA Klasifikasi Perkhidmatan KEMAHIRAN
Tempoh Percubaan  
Gred Gaji H11  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,218.00 Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki
kelayakan
seperti berikut:-

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan
Cemas serta
berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon
perlu memiliki
perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Awam, Gred H11, adalah
tertakluk
di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan
yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Catatan RINGKASAN TUGAS
(a) Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan
fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan
teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
(b) Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
(c) Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
(d) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT