e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMANDU KENDERAAN
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA Klasifikasi Perkhidmatan KEMAHIRAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji H11  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,218.00 Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan
hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan
yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D: RM1,264.15
- Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
- Lesen F/H: RM1,356.45
- Lesen G/I: RM1,402.60

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan, Gred H11,
adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Deskripsi Jawatan Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan
lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga
kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori,
dumper, roller dan traktor pertanian. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT