e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA Klasifikasi Perkhidmatan PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji N19  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,352.00 Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan
hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,464.80).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan  
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmat Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19
adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Deskripsi Jawatan Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan
telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan
mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi,
membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit
selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan
memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di
atas aduan pelanggan/tetamu. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT