e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU KEMAHIRAN
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN KEMAHIRAN
Tempoh Percubaan  
Gred Gaji H19  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,377.00 Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan
hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,493.24).

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,493.24).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam,
Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran
Gred H19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di atas ; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Gred H19,
adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa
serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT