[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA)
 
 

Lembaga Kemajuan Bintulu mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL. JAWATAN GRED
1 Pegawai Tadbir N41
2 Penolong Pegawai Penilaian
W29
3 Pembantu Awam (Penyelamat) H11

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Sila layari laman sesawang http://www.bda.gov.my atau hubungi Lembaga Kemajuan Bintulu untuk makluman lanjut.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 31 Mei 2018


 

 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT