[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA AIR KUCHING
 
 

Lembaga Air Kuching mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL.

JAWATAN

TARAF JAWATAN

JUMLAH KEKOSONGAN

1.
.

Akauntan, Gred WA47/48

Tetap

1

2.

Pegawai Tadbir, Gred N41

Kontrak

1

3.

Pelukis Pelan, Gred JA19

Tetap

1

4.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Gred N19

Tetap & Kontrak

5

5.

Pembantu Keselamatan, Gred KP19

Tetap

1

6.

Pengawal Keselamatan, Gred KP11

Tetap

5

7.

Pembantu Awam, Gred H11

Tetap & Kontrak

10

8.

Pembantu Awam, Gred H11 (Pemandu Kenderaan)

Tetap

4

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Catatan Am:

Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen seperti berikut:

(i) Salinan maklumat peribadi pemohon yang dicetak dari sistem e-Recruitment
(ii) Gambar berukuran paspot (satu keping)
(iii) Kad Pengenalan
(iv) Sijil Lahir
(v) Sijil Akademik



Kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING.

Pemohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

(i) Tidak lengkap
(ii)

Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan

(iii) Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

Sila hubungi Lembaga Air Kuching untuk maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan ini.

No. tel : 082 - 222 222

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 27 April 2018


 

 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT