e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SARAWAK
 
 

Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL.

JAWATAN

GRED

1

Jurutera (Awam)

J41

2

Jurutera (Mekanikal)

J41

 

Cara Memohon

(i)            Semua permohonan hendaklah dikemukakan SECARA TALIAN (ON-LINE) melalui laman web di alamat : http://erecruitment.sarawak.gov.my.

Laman web lain yang boleh dilayari ialah http://www.psc.sarawak.gov.my

(ii)        Pemohon yang telah berdaftar dengan sistem e-Recruitment tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah. Pemohon hanya perlu mengemaskini jawatan yang dikehendaki secara terus atas talian (on line).

Catatan Keterangan Am:

1.     Semua pemohon dikehendaki untuk mengemukakan sekeping gambar  berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan yang telah diakui sah sebelum tarikh tutup iklan ke:

 

PENGARAH

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SARAWAK

TINGKAT 9 & 10, IBU PEJABAT JPS

WISMA SABERKAS

JALAN TUN ABANG HAJI OPENG

93626 KUCHING

SARAWAK

(u.p: Cawangan Sumber Manusia dan Pentadbiran)

 

2.      Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan- Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

3.      Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-

      (a) tidak lengkap

      (b) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam  iklan

      (c) diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

4.       Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5.       Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6.       Tarikh tutup iklan adalah pada 8 Julai 2016.

 


 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT