e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI SARAWAK
 
 

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan Penolong Pegawai Penilaian, Gred W27 (Tetap dan Berpencen).

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai di alamat berikut:-

Cawangan Pentadbiran, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Baitul Makmur, Medan Raya, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak.

(Dr. Anthony Valentine Laiseh/Puan Sharifah Zakiah Binti Tuanku Pauzi)

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 30 Oktober 2014


 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT