e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PERBENDAHARAAN NEGERI SARAWAK
 
 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman/Kontrak di pelbagai kementerian dan jabatan di Sarawak. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil.

Jawatan

1.

Akauntan, Gred WA41

2.

Penolong Akauntan, Gred W29

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

 

NOTA

Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2020.

 

Iklan dikeluarkan oleh:

 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

Level 9 &10, Bangunan Baitul Makmur II

Medan Raya, Petra Jaya

93050 Kuching, Sarawak  


 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT