[ ]    Laman Utama    
 
MENGENAI SISTEM E-RECRUITMENT
* Sistem eRecruitment telah dilancarkan pada 30 Jun 2004 dan merupakan laman web rasmi yang digunakan untuk memaparkan jawatan-jawatan kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan dari semasa ke semasa
* Pemohon secara atas talian (on-line) boleh mencari dan memohon jawatan kosong yang terdapat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan, menghantar dan mengemaskini maklumat peribadi, menyemak status permohonan, menyemak jadual temuduga dan mendapatkan pemberitahuan status permohonan dan temuduga melalui e-mel dan SMS
 
PENCAPAIAN SISTEM
Sistem eRecruitment boleh dicapai melalui laman web seperti berikut:
* http://erecruitment.sarawak.gov.my
* http://www.psc.sarawak.gov.my
* http://www.sarawak.gov.my
 
SISTEM PENGAMBILAN SEPANJANG MASA SISTEM E-RECRUITMENT
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak melaksanakan Sistem Pengambilan Sepanjang Masa yang mana pemohon boleh memohon sepuluh (10) jawatan yang diminati (dan memenuhi syarat kelayakan minimum) dan permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permohonan.
Jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan akan diiklankan dari masa ke semasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (dan pihak kuasa melantik yang lain) melalui laman web e-Recruitment. Pemohon yang telah mendaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan yang diiklankan. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web e-Recruitment.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan pihak kuasa melantik yang lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.
 
PERWAKILAN KUASA KEPADA KETUA JABATAN (TERMASUK SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK DAN SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN)
Melalui Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS telah mewakilkan kuasa-kuasanya kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan ketua jabatan melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004. Ianya menggantikan Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 1998.
1. Melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam negeri di jabatan masing-masing bagi Gred 27 dan ke atas (selain daripada jawatan Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah) sama ada jawatan bertaraf tetap dan berpencen, tetap dan tidak berpencen, atau pelantikan secara kontrak atau secara sementara;
2. Menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai yang dilantik di atas yang masih di dalam tempoh percubaan;
3. Melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama mana perlanjutan tempoh tersebut tidak melebihi tempoh yang disyaratkan dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk. L.N.1/96); dan,
4. Melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau menjalankan tugas mana-mana pegawai di dalam perkhidmatan awam negeri di jabatan masing-masing (kecuali jawatan Timbalan Pengarah), sama ada atau tidak menjalankan tugas jawatan hakiki pegawai tersebut, tetapi tidak melebihi 180 hari bekerja kecuali setelah mendapat kelulusan SPANS.
 
PERWAKILAN KUASA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK
1. Mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai Gred 27 dan ke atas [selain daripada jawatan yang dilantik di bawah Artikel 11 atau yang dilantik di bawah Artikel 36(4), Perlembagaan Negeri Sarawak]; dan,
2. Menukar mana-mana pegawai awam negeri dari satu kementerian atau jabatan ke kementerian atau jabatan yang lain atau sebaliknya, tanpa melibatkan penurunan pangkat.

Pengenalan Syarat-syarat dan cara permohonan Soalan lazim Senarai jawatan
 PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
e-Scholarship e-Sisraf