[ ]    Laman Utama    
 
SYARAT DAN CARA MEMOHON JAWATAN DALAM SISTEM E-RECRUITMENT
1.   Syarat Memohon
  1.1   Semua permohonan hendaklah dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my

Laman web lain yang boleh dilayari ialah :-
    a)
b)
http://www.psc.sarawak.gov.my
http://www.sarawak.gov.my
  1.2   Untuk pemohon yang mendaftar secara dalam talian (online) (termasuk pemohon di kalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti berikut:-
    a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
Gambar berukuran pasport
Kad Pengenalan
Sijil Lahir
Sijil - sijil Akademik
Sijil Berhenti Sekolah
Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan semua dokumen di atas dan dokumen berikut:
     
i)  Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan dan ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut ataupun tidak
ii)  Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
iii)  Laporan penilaian prestasi tahunan terkini
 
2.   Keterangan Am
  2.1   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak melaksanakan Sistem Pengambilan Sepanjang Masa yang mana pemohon boleh memohon sepuluh (10) jawatan yang diminati (dan memenuhi syarat kelayakan minimum) dan permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permohonan.
  2.2   Jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan akan diiklankan dari masa ke semasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (dan pihak kuasa melantik yang lain) melalui laman web e-Recruitment. Pemohon yang telah mendaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan yang diiklankan. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web e-Recruitment.
  2.3   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan pihak kuasa melantik yang lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.
  2.4   Hanya calon-calon yang mendaftar dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan pihak kuasa melantik yang lain) akan dipanggil temuduga. Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun e-Recruitment masing-masing.
  2.5   Hanya pemohon yang berjaya semasa temuduga sahaja akan dimaklumkan melalui surat tawaran manakala pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan melalui surat.
  2.6   Maklumat lengkap mengenai jawatan dan syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my atau melalui laman-laman web beralamat seperti berikut:
    a)
b)
http://www.psc.sarawak.gov.my
http://www.sarawak.gov.my
  2.7   Tertakluk kepada program temuduga jabatan/kementerian yang mengiklan, sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas/jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh temuduga, pemohon dianggap tidak berjaya.

Nota:
Pemohon walau bagaimanapun boleh menghubungi jabatan/kementerian yang mengiklan untuk makluman lanjut berhubung permohonan masing-masing.
  2.8   Sila pastikan alamat emel dan telefon nombor yang didaftar adalah benar.
 
3.   Cara Memohon
  3.1   Sekiranya anda pemohon yang mendaftar buat pertama kali;
    (i)   Klik ke butang 'Pendaftaran Baru'
    (ii)   Isi kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke dalam sistem e-recruitment.
(Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat dan senang diingat oleh pemohon sendiri tetapi tidak mudah dijangka oleh orang lain)
    (iii)   Lengkapkan semua maklumat dalam borang pendaftaran termasuk alamat e-mel yang aktif.
    (iv)   Klik butang 'Hantar'

Pemohon akan menerima notis pemberitahuan dalam skrin komputer memaklumkan pendaftaran telah berjaya.
    (v)   Klik butang 'sini' untuk akses ke maklumat peribadi pemohon dan lengkapkan semua maklumat yang lain seperti berikut:-
        - Maklumat Peribadi
- Maklumat Akademik
- Maklumat Aktiviti Luar
- Maklumat Tambahan
- Pengakuan Pemohon
      Nota :
      a) Sila pastikan kesemua maklumat dalam sistem e-Recruitment anda diisi dengan lengkap. Sekiranya data tidak berkenaan, sila pastikan anda memilih senarai pilihan 'TIDAK BERKAITAN (N/A)'.
      b) Pemohon dikehendaki menanda (✓) ‘Pengakuan Pemohon’ setiap kali menambah atau mengemaskini maklumat baru dalam akaun e-Recruitment masing-masing.
    (vi)   Klik butang 'Borang Permohonan' dan kemudian klik ke 'Permohonan Jawatan? untuk memilih jawatan yang diminati dan bersesuaian dengan kelayakan pemohon. Pilih jawatan yang dikehendaki dan klik butang 'Kemaskini'.
      Nota :
      a) Sila lengkapkan semua maklumat yang bertanda merah * di menu utama sebelum membuat permohonan jawatan dan isi 'TIDAK BERKAITAN (N/A)' sekiranya maklumat yang dinyatakan tidak berkaitan.
      b) Butang 'Kemaskini/Hantar' untuk menghantar permohonan jawatan hanya akan muncul di skrin sekiranya semua maklumat telah dilengkapkan.
    (vii)   Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang 'Borang Permohonan' dan kemudian klik ke 'Status Permohonan Jawatan'.

Sekiranya status permohonan masih 'Baru', bermakna jawatan tersebut masih belum diproses atau jabatan yang mengiklan memproses jawatan kosong secara manual.

Sekiranya status permohonan bertukar 'Memenuhi Kriteria Tapisan', bermakna permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk temuduga. Semak jadual untuk pengesahan panggilan temuduga ataupun ujian bertulis. Klik ke butang 'Jadual' kemudian pilih jenis jadual yang dikehendaki sama ada Jadual Ujian, Jadual Penilaian, ataupun Jadual Temuduga. Status 'Memenuhi Kriteria Tapisan' tidak semestinya dipanggil temuduga.

Sekiranya status permohonan bertukar 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan', bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai tapis pihak kuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih untuk ditemuduga.

    (viii)   Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mendaftar dan memohon.
  3.2   Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan ingin memohon jawatan yang sedang diiklankan;
    (i)   Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru dan Kata Laluan.
    (ii)   Ulang langkah 3.1 (vi) dan (vii)
    (iii)   Klik butang 'KELUAR' setelah selesai memohon.
  3.3   Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin mengemaskini maklumat baru dalam Sistem e-Recruitment;
    (i)   Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru dan Kata Laluan.
    (ii)   Kemaskini maklumat yang ingin ditukar dan klik butang 'Hantar' setiap kali selepas mengemaskini.
    (iii)   Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mengemaskini.
  3.4   Sekiranya pemohon lupa kata laluan akaun e-Recruitment, klik ‘Lupa Kata Laluan’ di laman utama dan isikan nombor kad pengenalan baru dan alamat emel yang digunakan untuk mendaftar sebelum ini. Kata Laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan dan sila tukar kata laluan yang diberikan untuk tujuan keselamatan. Sekiranya pemohon masih menghadapi masalah, sila hubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-7246 untuk set semula kata laluan.

Pengenalan Syarat-syarat dan cara permohonan Soalan lazim Senarai jawatan
 PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
e-Scholarship e-Sisraf