[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan KEWANGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji W17  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM929.00 Gaji Maksimum : RM3,377.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM95.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM929.00 ] atau

b. SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM985.13 ] atau

c. SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,154.33 ] atau

d. Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ] dan

e. Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan  
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W17 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.