[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU PENILAIAN
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan KEWANGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji W17  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM929.00 Gaji Maksimum : RM3,377.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM95.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM929.00 ] atau

b. Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ] dan

c. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan  
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Penilaian, Gred W17 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.