[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
 
 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

Bil.

Jawatan

Gred

1   Pegawai Undang-Undang L41
2   Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3   Penolong Jurutera JA29
4   Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
5   Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
6   Pegawai Khidmat Pelanggan
N19
7
  Pembantu Penguat Kuasa
KP19
8   Pembantu Kesihatan Awam U19
9
  Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
N19
10
  Pembantu Tadbir (Kewangan)
W19
11
  Pembantu Pentadbir Tanah
NT19
12
  Pembantu Pembangunan Masyarakat
S19
13   Pembantu Hal Ehwal Islam
S19
14   Pembantu Kemahiran
H19
15
  Pembantu Awam
H11
16
  Pemandu Kenderaan
H11

17

  Pengawal Keselamatan KP11

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 30 Julai 2017