[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG DI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (UNIT SUMBER MANUSIA NEGERI, JABATAN KETUA MENTERI)
 
 

BIL. JAWATAN GRED TARAF JAWATAN
BILANGAN KEKOSONGAN
1 Pegawai Tadbir
N41 Jawatan Berasas Caruman 100

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)   (i)   Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,910.02); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi  tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,114.43); atau

(iii)  Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi  tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,216.64);

dan

(b)  Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan / atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri  Sarawak

 

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan mereka secara online melalui e-Recruitment.

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan sila layari laman sesawang http://www.erecruitment.sarawak.gov.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mac 2016 (Khamis).

Iklan dikeluarkan oleh:

Jabatan Ketua Menteri

(Unit Sumber Manusia Negeri)

Kuching, Sarawak.


Tarikh tutup permohonan (replika data) : 24 Mac 2016