[ ]    Laman Utama    
 
Butiran Pengumuman
 
    Kembali  
 
 
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
 
 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL. JAWATAN GRED BILANGAN KEKOSONGAN
1 Pemandu Kenderaan H11 16
2 Pembantu Awam (Pembersih Pejabat) H11 1
3 Pembantu Operasi N11 5
4 Pengawal Keselamatan KP11 4
5 Penghantar Notis N11 2
6 Pembantu Kemahiran (Tukang Paip) H17 10
7 Jurufotografi B17 1
8 Pegawai Khidmat Pelanggan N17 1
9 Penolong Pegawai Tadbir N27 1
10 Pembantu Kemahiran (Tukang Kayu) H17 1
11 Pembantu Awam H11 39

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 16 Mac 2015